Assalamualaikum...
Skrg tgh break time..Nak lunch tapi perut terasa penuh lg..so ak pon xde mende nk buat. Daripada ak dok nganga x buat apa baik ak membebel kt sini kn..huhu..
Maafkan hamba, hamba sebenarnya seorang yg sopan santun lagi berbudi bahasa.
Maafkan hamba jika tidak menggunakan bahasa yg formal..hehe.
Terasa lebih real dan tak 'fake' kn??
Okay, smlm ak sedih..tapi hari ni ak dah happy blk sbb masalah semalam dah settle.
Alhamdulillah ya Allah...
Oleh itu, ak nak tolong orang2 lain plk..kesian ak tgok org2 yg bersedihan sebab ak tahu bagaimana rasanya...Mood hilang, x boleh nak fokus, makan pon x berselera sebab fikirkan masalah tu je kan..
Okay2..jangan risau ye sayang2 ku sekalian..
Kt sini nanti ak akan berikan beberapa cadangan yang ak rasa sesuai untuk sayang2 cuba untuk happy kn diri yg tgh berduka lara..
Okay..., here we go!
1) Menangis
Ya, menangis...sebenarnya Allah ciptakan air mata untuk kita keluarkan di saat kita sedih dan rasa tidak tahan utk menahan kesakitan yang dirasakan. Kalau malu, pegi cari tempat yg sunyi atau tersembunyi. Okay, ak bagi idea. Pergi dalam toilet, bukak air shower tu..pastu nangis sepuas-puasnya. Sure lepas tu mesti rasa lebih lega. Kalau nk mandi terus pon lg baik.
2) Solat dan berdoa
Okay...2nd step, solat dan berdoa...Hanya Allah sahaja yang mampu untuk memberikan kekuatan dan kelegaan pada hati yang tengah sedih dan lemah. Yang paling penting, berdoalah dengan yakin dan sungguh2. Allah turunkan ujian sebab Dia mahu kita lebih dekat denganNya. Masa berdoa tu..ceritakan semua masalah yang dihadapi jika kamu malu untuk luahkan kepada orang lain atau kamu tiada teman untuk luahkan..Ingatlah bahawa jikalau semua orang 'reject' anda, jangan risau..Allah sentiasa menerima anda. Setelah doa anda dimakbulkan, ucapkanlah Alhamdulillah tanda kamu mensyukuri pertolongannya. Perlu beristiqamah ya..Jgn berputus asa jika doa anda belum dimakbulkan mungkin Allah merancang yang lebih baik untuk kamu.
3) Telefon ibu,ayah,kakak,abang,sepupu atau kawan baik anda
Okay, langkah yang ke-3 pulak..telefonlah orang2 yang kamu sayang dan menyayangi kamu kerana mereka lebih mengenali diri kamu. Mungkin mereka boleh mendengar masalah kamu dan memberikan kata-kata semangat. Tak baik kalau pendam perasaan tu lama-lama. Orang yang sayang pada diri anda tidak akan sesekali menghakimi anda. Ingat tu ya..;)
4) Makan coklat @ ice cream! ( kit-kat, cadbury, cornetto, walls, etc..)
Menurut kajian, dengan memakan coklat disaat kamu tengah sedih mampu membantu dalam menaikkan semangat anda seterusnya buatkan diri anda lebih happy dan relaks.
5) Lakukan perkara yang boleh buat anda rasa happy..
Okay, last step. Do what you love to do..
Contohnya, menari, melukis, memasak, berjalan2, dengar music, tgok movie (yang happy2 je tau), photography atau cuba benda yang baru.
Oleh itu secara tidak langsung dapat mengembalikan senyuman anda..
Okay, itu sahaja yang mampu ak bg nasihat.
Percayalah, ak pernah laluinya..
rasa keseorangan..rasa tidak diperlukan..rasa diri tu membebankan orang lain dan perkara2 di atas banyak membantu untuk menaikkan semangat ak balik.
Kata Mr Degil, kita x perfect, yang penting think positive dan jangan give up.
Okaylah..nanti kita jumpa lagi ya??
Nak g solat Zohor jap..Lepas ni ade kelas petang pulakss..Adesss...huhu..
Sayonara, Wasalam..
Love,
Aira